Followers

Feb 18, 2010

my favourite photos

...of this week



recognized this girl? kalau korang tengok drama Shuffle Milikku kat Astro Ria (linda tengok kan jangan tak ngaku ;p), dia nilah yang melakonkan watak adik Aril AF7 dalam cerita tu. Dalam cerita tu nama dia Aisyah. Memang nama betul dia pun aisyah juga. tapi kami panggil dia Ecah. senang kau nak sebut. miahaha. mak dia panggil dia Donna. Nama penuh dia Aurelia Donna Nuraisya eh tapi tak pasti ejaan al-maklumlah nama mak aih saya pun kadang-kadang terlupa nama penuh dia sebab panjang sangat. saya adalah makcik dia. eurghh terasa tua hok hok.




Ni pula adik si Ecah tadi, si Zara. Nama penuh bla bla Nurzara serius tak hingat noks. Panggil Zara, makcik-makcik dia yang lain (bukan saya) panggil Jara. wah, bunyi macam Jang Na Ra dishortform kan. kehkeh. Budak ni lagi satu mak aih tak tahu duk diam, nasib baik comel. takdelah penat nak layan. rasa macam nak berhenti kerja nak baby sit Zara ni sepanjang waktu. oh over pula noks. huhu. suka woah ini budak sebab suka sangat senyum. tengah nangis kalau acah dia boleh lak senyum sambil airmata jatuh kat pipi. siusiusiu. memang totally melts my heart lah. nak ada anak muka and mata gray macam ni. cewah macamlah boleh. kehkeh!


Update : setelah ditegur adik, inilah nama mereka sebenarnya

Ardelya Dynna Nurzara nama full zara!
nama full donna, Aurelya Donna Nuraisyah =)




Ini pula my favourite guy. Muhammad Irfan. totally hearts this fella. cukuplah dia sorang kat rumah riuh habislah. berumur 3 tahun, masih single. cewah. bahasakan diri dia Abg Irfan padahal takde adik lagi pun. dia suka cakap 'what happened' kelas gitu. tapi tu je lah dia reti cakap. suka cakap cerita yang sama 'jatuh basikal pastu belon pecah pastu jatuh basikal' serius tak faham saya. suka jerit. terkejut pun jerit. nangis pun jerit. nyanyi lagilah kau jerit semua. suka kucing tapi takut nak dekat. hehe. oh, sayang sangat saya kat budak-budak ni semua.


oh ok itu saja minggu ini punya favourite photos. hmm sepatutnya favourite person kan tapi tak kesahlah. hehe!



PHOTOS CAPTURED BY : Ezzan Yusop
ezzan.my@gmail.com


*the winners of Black & White Photo Contest will be announce this week. stay tuned!

8 comments:

miloicekaw1119 said...

comel!

Eqah Yusop said...

Ardelya Dynna Nurzara nama full zara! nama full donna, Aurelya Donna Nuraisyah =)

Ezzan Yusop said...

miloicekaw1119 : timer kaseh. ceh, macamlah saya ni mak dia. huhu!

eqah yusop : oh dynna napekah kak nadia x panggil zara dynna? huhu. ok will take note! :)

~ ReD ~ said...

ok...aku mengaku...aku tengok citer shuffle milik dia.. #_#

mun-e said...

irfan rambut pendek?? mane pegi rambut ala ala noh hujan die????

;p

wahhh ecah tu artis kee. hoho. pstttt pukul bape ceta shuffle milikku tu. nak tgk

kehkeh

Ezzan Yusop said...

linda : muahaha. wat shuffle skit dol cm aril. hehe!

muni : iyo...irfan dah cut his hair. cewah! rambut dah sampai masuk mata. ecah artis yang sombong, bangun tidur nanges. hehehe! hmm xpasti kul bape...astro kan xtentu, kalau die rase nk show, die show je. hehee!

cikpingu said...

dahsyat nye name mereka.. tp so cute la..

Aleyn said...

Cute sangat bebudak tu sumer