Followers

May 3, 2009

my weekend

hari ini, lepas majlis makan-makan lauk yang oh-sungguh-sedap-sampai-segan-nak-tambah (cewah!) di rumah abang ummu, kami sekeluarga meronggeng ke putrajaya. apa???? weekend pun pergi putrajaya? dah lah weekdays kamu memang bertafakur di sana, weekend pun nak pergi sana juga? hukhuk...apakan daya, makcik saya tinggal di sana. balik dari putrajaya, singgah la pula ke Jejeko. hah?! apa tu? Jejeko tu adalah apabila budak pelat menyebut Jaya Jusco. hoho.
bosan dalam kereta, jadi snaplah picture kan...

(serius, terlupa nak snap kat rumah abang ummu, konsentrasi terganggu dengan lauk pauk selera kampung yang teramat sedap. huhu!)







lepas dah selesai sesi menghabiskan wang, kami beli dinner di jejeko juga. malas dah nak stop-stop dah lepas ni. kami sekeluarga sebulat suara untuk makan makanan ini sebagai sesi latihan sebelum kami berlepas ke Jepun untuk holiday.
bila kamu tanya? hmm...meh sini nak cerita.
sebenarnya kan...ini adalah angan-angan sahaja. haha!







then, after dinner...saya mengisi masa dengan mengikuti kelas bahasa korea melalui laptop. tamat kelas, saya bertukar menjadi otomen..eh, bukan-bukan, saya bertukar menjadi cacing buku dengan buku-buku yang telah dibeli semalam.


(ha...inilah kelas latihan bahasa korea. nak sign up? hehe!)



(bahan bacaan. tengah baca yang Sundays at Tiffany's)

No comments: