Followers

Mar 25, 2013

Umrah 2013



been MIA for awhile. so sorry. i just got back from performing Umrah on last Wednesday (20th of March 2013) after almost two weeks in the Holy Cities. Alhamdulillah, syukran Ya Rabb kerana berikan aku kesempatan untuk jejakkan kaki ke Kota Madinah dan Kota Mekah. the feeling of having to see The Holy Kaabah betul-betul depan mata sungguh mengagumkan. rasa macam tak percaya. rasa macam tak berkelip mata tengok Kaabah. and also, having to stepped on the same ground as our Prophet Muhammad S.A.W is just...indescribable. perasaannya bukan boleh diceritakan melalui kata-kata. dan aku sudah berjanji dengan diri aku untuk tidak menceritakan pasal ibadah aku di blog. soalan-soalan seperti berapa kali buat umrah, dapat cium hajarul aswad ke tak, dapat solat di Hijir Ismail tak, dapat solat bawah pancuran emas and so on adalah terlalu peribadi untuk diceritakan pada umum. dan juga, nak elak dari riak. jangan salah sangka, aku tak cakap orang lain yang ceritakan pengalaman dorang dalam blog dorang tu riak. itu hak masing-masing untuk bercerita. cuma aku taknak AKU riak bila bercerita nanti.

jadi, aku hanya akan berkongsi gambar dengan korang. dan sedikit catatan pasal kisah-kisah sejarah just to refresh your memories.... :)

1) Masjid Nabawi di Madinah


Satu solat di dalamnya menyamai dengan seribu solat. Terdapat di dalamnya Kawasan Raudhah (satu dari taman Syurga) dan Maqam Rasulullah SAW bersama dua orang sahabatnya Saidina Abu Bakar Al-Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab. Untuk jemaah wanita, lawatan ke Raudhah dan Makan Rasulullah adalah dari jam 7 - 10 pagi dan selepas solat isyak, sekitar jam 8.00 - 12.00 malam. Masjid Nabawi ni memang cantik. senibinanya memang mengagumkan. Madinah is a bit modern as compared to Makkah. 


2) Masjid Quba'


Adalah masjid yang julung-julung dibina oleh tangan Nabi Muhammad SAW dan ia disebut dalam kitab suci Al-Quran dengan nama Masjid At-Taqwa. Keistimewaan Masjid Quba' ini pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW sendiri..."Barang siapa telah berwuduk di rumahnya kemudian ia berkunjung ke Masjid Quba', lalu ia mengerjakan solat 2 rakaat maka ia akan mendapat pahala seperti mengerjakan umrah"

Setiap hari sabtu Rasulullah SAW akan pergi melaksanakan solat sunat dua rakaat atas tujuan untuk mendapatkan pahala satu ibadat Umrah.



3) Masjid Qiblatain

Masjid ini biasanya dikenali dengan masjid dua kiblat. pada permulaan Islam, orang ramai melakukan solat dengan mengadap ke arah Baitul Muqaddis. Pada hari Isnin dalam bulan Rejab tahun ke 2 Hijrah, ketika Rasulullah SAW mengerjakan solat Zuhur di Masjid Bani Salamah, diwahyukanlah ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami sering melihat wajahmu mengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke qiblat yang kamu sukai. Palingkanlah wajahmu ke arah Masjid Al Haram. Dan di mana kamu saja berada, palingkanlah wajahmu ke arahnya." (Al-Baqarah: 144)

Sewaktu mengerjakan solat Zuhur itu, mula-mula Rasulullah SAW mengadap ke arah Masjid Al-Aqsa tetapi setelah turun ayat tersebut, baginda menghentikan sementara kemudian meneruskan solat dengan memindahkan arah menuju ke Masjidil Haram. dengan kejadian inilah, akhirnya masjid ini diberi nama Masjid Qiblatain yang bermaksud Masjid Dua Kiblat. ok sini aku tambah, menurut mutawwif kumpulan kami, semasa Rasulullah hendak memaling ke arah Kaabah, Rasulullah tak terus paling tau. kalau baginda terus paling, baginda akan menghadap makmumnya sebab Masjid Al-Aqsa di belah Timur dan Masjidil Haram di belah Barat. kalau dia berpaling terus maka solat terbatallah kan sebab imam facing makmum. so what Rasulullah did was he moved slowly like he was performing a Tawaf. makmum belakang pun ikut Rasulullah sampailah Rasulullah berhenti dan mengadap qiblat yang baru.

*unfortunately, i don't have the photo of the mosque sebab bas tak berhenti, sekadar lalu sahaja.  korang boleh google kalau nak tengok gambar masjid ini huhuhu...



4) Jabal Uhud

Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu, 15 Syawal tahun ke-3 hijrah. Sebab terjadinya peperangan ini, pihak Quraisy ingin menuntut bela terhadap kekalahan mereka dalam Perang Badar. Mereka membuat persiapan sehingga mereka benar-benar bersedia untuk memerangi Rasulullah SAW di Madinah. Mereka keluar dalam angkatan tentera seramai 3,000 pejuang. Rasulullah telah membuat strategi untuk meletakkan 50 pemanah di atas bukit dan mereka semua diarahkan untuk tidak meninggalkan bukit pemanah tersebut walau apa keadaan sekalipun kecuali atas arahan Baginda Rasul. Namun begitu, apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang, pemanah-pemanah tersebut telah melanggar arahan Rasulullah dengan menuruni bukit tersebut untuk merampas harta rampasan perang. Khalid Al-Walid (ketua tentera berkuda Quraisy sebelum beliau memeluk Islam) yang melihat keadaan tersebut bertindak balas dengan mengelilingi bukit tersebut dan serang hendap dari belakang bukit. 

Disinilah terbunuhnya bapa saudara Rasulullah, Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib yang dibunuh oleh seorang hamba, Wahsyi dengan membaling lembing dan mengena tulang rusuk Saidina Hamzah. Selepas peperangan, hati Saidina Hamzah telah direntap keluar dan dikunyah oleh Hindun namun diluahkan semula selepas tidak dapat ditelan. peristiwa ini disaksikan sendiri oleh Rasulullah dan baginda teramat sedih melihat jasad bapa saudaranya dilakukan sedemikian rupa. setelah Hindun dan Wahsyi memeluk Islam, mereka berdua dimaafkan oleh Rasulullah namun baginda berpesan supaya mereka tidak menunjukkan wajah mereka dihadapannya sehinggalah baginda wafat. 

inilah bukit yang menempatkan 50 pemanah. ignore the stalls ya ;)

5) Masjidil Haram

This one needs no introduction. Masjid tertua di dunia. Tempat terletaknya Kaabah, qiblat seluruh umat Islam. Pahala satu solat di Masjidil Haram adalah menyamai dengan seratus ribu pahala solat di tempat lain. 100,000 PAHALA. SubhanAllah. Doa-doa di Kaabah akan dimakbulkan Allah SWT. 

Ada riwayat yang menyatakan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah yang disokong dengan empat tiang 2000 tahun sebelum Allah mencipta dunia ini lagi. Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda "Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh, maka ia akan menghempap Kaabah". Ia dikatakan selari dengan kedudukan Arasy di langit. kalau nak tau sejarah selanjutnya, bolehlah korang baca di sini.

i missed life here. makan, tidur dan beribadah. that's all. i don't think about anything else.

6) Jabal Rahmah

rasanya tak perlu diperkenalkan lagi dah. tempat pertemuan semula Nabi Adam & Hawa setelah ratusan tahun mereka terpisah selepas diturunkan ke bumi oleh Allah akibat melakukan kesalahan memakan buah khuldi yang terlarang di Syurga. Jabal Rahmah ni terletak di Padang Arafah. berdasarkan ahli sejarah, Nabi Adam telah diturunkan di kawasan India manakala Hawa pula telah diturunkan di Iraq. setelah mencari beratus-ratus tahun, akhirnya di atas bukit inilah mereka bertemu. mostly orang kata panjatlah Jabal Rahmah ni then kat atas tu berdoa supaya diberikan jodoh. tak salah nak berdoa tapi mestilah facing Qiblat. janganlah pulak korang berdoa tapi facing monumen kat atas bukit tu. lagi satu, toksahlah pulak korang tulis nama boyfriend korang on the monument. syirik namanya. so far aku tengok, takde orang Malaysia yang buat macam tu. Alhamdulillah. tapikan sebenarnya, nak makbul doa diberi jodoh oleh Allah lebih AFDAL di Masjidil Haram, depan Kaabah. tapi itu bagi aku lah. tak salah pun nak doa kat sini. aku pun doa kat sini, mengadap ke arah Qiblat.

pemandangan dari atas Jabal Rahmah


and some random shots from Madinah and Makkah...
view from the window of our hotel in Madinah, Durrat Fayrouz.


zamzam tower. tapi aku panggil menara jam. memang tinggi sangat.


di ladang unta. comel je masa snap sempat kiss. heee ;)




PHOTO BY : Ezzan Yusop (all taken using iPhone 4S)


2 comments:

NooRjAn said...

salam...alhamdulillah!!bila tgk semua gmbr2...rindu sgt2 nk kembali kat sana..tmpt yg paling aman kat dunia ni...betulkan bila kat sana segala masalah dunia x ada langsung kan...kt just fkr utk wat amal ibadah aja kan...pergi brapa lama?moga kt dpt smp skali lg insyaallah...

Unknown said...

salam. mahasuci Allah yang perjalankan hambanya. saya nak gi jugak.doakan saya :)